TRUMP JUTAWAN HARTANAH PRESIDEN BARU USA

Berita muktahir yang diterima jutawan hartanah nie Presiden USA yang baru.

My opinion siapa pun yang jadi bapak presiden tu tak ada pun keuntungannya kepada masyarakat Muslim di seluruh dunia. Tetap akan diganyang tetap akan diceroboh. Only Mr Clinton jer tak suka terjah masuk negara orang. Yang lainnya sejak akak kenal siapa itu Presiden AMERIKA kalau tak salah masa zaman Jimmy Carter (zaman sekolah rendah) hinggalah terkini Mr Donald Trump.

Lihatlah bagaimana kita sendiri terpaksa terima perjanjian TPP (Trans Pacific Partnership). Akibatnya  yang orang tak cukup sekolah macam akak nampak harga hartanah melambung lambung. Lepas ni tengoklah apa nak jadi dengan generasi akan datang camane nak beli sebuah rumah tempat berteduh.  Akak tak nak ulas lanjut mengenai isinya salah ulas kena pulak surat saman dari SKMM.

Isu Palestin dari dulu sampai sekarang tak selesai, mungkin sampai kiamat lah agaknya.  Isu Syiria lagi sadis tak der ayat nak dikata lagi. Rohinngya terus disembelih. Sebut isu ummat Islam ada jalan penyelesaian?  Tak ada kan? Why? Sekali lagi akak bagi pendapat yang tak berapa nak comel nie.  Ada untungnya bagi tangan-tangan tersembunyi ni bila dunia Islam terus bergolak.

Kat depan batang hidung kita pun payah nak selesai apa lagi nak tengok luar dari sempadan geo politik tu. Sebab apa pihak yang berkenaan tak nak terima hukum Islam, sebab masih ada keuntungan di sana. Semoga Allah swt lindungi orang-orang muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

dari Sinar Harian

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) menyaksikan satu perubahan baru apabila calon Republikan, Donald Trump menang dengan 276 undi mengalahkan calon Demokratik, Hillary Clinton.

Trump memenangi jawatan tersebut setelah berjaya menakluki Wisconsin dengan mendapat 10 undi terakhir mendapatkan 276 undi tersebut.

Para pengundi di sana nyata lebih mempercayai kata-kata ahli perniagaan selebriti tersebut berbanding dengan bekas setiausaha Amerika Syarikat itu.

Sebelum ini, Clinton mengatasi Trump dalam undian awal serta sebanyak 36 daripada 50 negeri termasuk swing state, Florida dan Ohio menawarkan proses pengundian awal membolehkan pengundi di kawasan terbabit membuang undi sebelum hari mengundi yang berlangsung semalam.

Trump memenangi bandar-bandar besar seperti Kansas,Missouri, Indiana, Ohio, West Virginia, Oklohoma, Arkansas, Texas, Lousiana, Missisippi, Alabama, Tennesse, Kentucky, West Virgina dan South Carolina,Iowa, Utah, Pennsylvania dan Georgia.

Manakala, Clinton pula memenangi Colorado, New Mexico, Illinois, New York, Vermont, Massachussets, Rhode Island, Connecticut, New Jersey, District of Colombia, Maryland,Hawaii Delaware,Washington,Virgina dan Nevada .

Kelihatan penyokong-penyokong Trump bersorak kemenangan  dan bertepuk tangan apabila poll menunjukkan  beliau berjaya memenangi Presiden.

trump

 

MY SHOP

Speak Your Mind

*