KITA DAH BETUL-BETUL TUTUP AURAT KER?

AURAT ATAU URAT?

Ramai muslimah kata dah tutup aurat betulker? Atau tutup urat? Ada apa-apa perbezaan.

Mestilah ada beza betul tak?

Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban

Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manasia yang wajid ditutup.

Jadi aurat adalah bahagian-bahagian tertentu yang wajid dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam. Kredit Abuanasmadani.com

Bagaimanakah aurat wanita

Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan dan belakang tangan. Ringkasnya sebagaimana kita menutup aurat dalam solat begitulah jugak di luar solat.

Sudahkah kita menutup Aurat

Sudah nampak pembaharuan dalam bertudung, sekarang sudah banyak tudung-tudung 2xl berada di pasaran.  Sambutan sangat menggalakkan juga untuk tudung-tudung labuh jenama seperti Mahligai Scarf, Syazara, Inspirasi Hana dan Telekungmusleea.

Tetapi masih ramai jugak yang kepalanya ditutup tetapi seluarnya ketat, jubahnya ketat dan ada juga yang bertudung tetapi tangannya terbuka. Tudung nya litup tetapi susuk tubuhnya nampak jelas. Berjubah tetapi sendat sampai menampakkan susuk tubuh dan garis seluar dalamnya.

Ramai yang terlepas pandang atau sengaja tidak mahu ambil berat mengenai pemakaian stokin dan sarung lengan.  Walaupun baju kita labuh tetapi lengan baju perlu dikemaskan dengan sarung lengan terutama si pemakai baju kurung atau baju yang bertangan besar.

Kaki juga adalah aurat oleh itu perlu disarung dengan stokin, ada boleh pilih nak yang stokin pendek atau panjang. Paling utama adalah menutup kaki tersebut . Kebiasaan bagi orang-orang yang berstokin, mereka akan rasa tidak selesa jika keluar rumah tanpa stokin.

Bukan nak membebel pepagi buta nie tetapi kadang-kadang kita jadi lemas bila tengok keadaan di sekeliling kita.  Terfikir nak tanya adik tak sayang diri sendiri ker, neraka yang paling ringan adalah memakai selipar dari api neraka boleh mendidih sampai ke otak kita.

Kak Hajah masih memperbaikki diri biarlah kita sama-sama ingat mengingati.  cuba tengok gambor bawah cantik kan loose sahaja jubahnya

zalora

jubah zalora

hijriah

hijriah home

 

 

MY SHOP

Speak Your Mind

*