NASI LEMAK ANAK DARA OH ANAK DARA

Rezeki si anak dara namanya tetiba jadi laris dengan bajet 2017. Bila PM mentioned jenama Nasi Lemak Anak Dara masa bajet.

Tulah namanya rezeki, bukan calang-calang anak dara graduate engineering dari university tempatan. Tahniah kat anak dara, muda-muda dah ada semangat keusahawanan yang tinggi.

Boleh jadi contoh untuk anak-anak dara yang lain, sempat baca blog anak dara ni masa tunggu giliran kat kaunter pos tadi.  Ada bisnes tudung jugak, bisnes tudung memang dan trending gila sekarang.  Setiap yang berlaku ada hikmahnya dalam dunia ekonomi yang memang suram nie buat ajerlah apa sahaja kerja yang halal.

Nak berjaya bukan mudah, kalau anda ada fund besar boleh gunakan third party untuk bantu naikkan jenama anda tu. You boleh advertise kat media social dan media elektronik. Tapi kalau anda macam akak ni fund yang tak seberapa gunalah media yang percuma untuk mem’branding’ kan jenama anda tu.  Adakalanya viral tu elok juga bila digunakan untuk kebaikan.

Agaknya mak anak dara nie pun tak sangka anak dara yang sekolah tinggi, pecah kepala nak lulus periksa boleh twist career dia.  Dulu orang fikir bisnes tepi jalan is nobody but now you see can semua simpang ada orang berniaga, terutama bila ekonomi tengah teruk ni. Macam-macam jenis bisnes makan muncul yang menjual lebih ramai dari yang membeli. Tapi itu rezeki dari Allah swt kalau anda duduk menung tak kan turun sepinggan nasi Ayam betul tak?

Akak tabik spring dengan semangat jitu anak dara walaupun dapat surat saman tetap teruskan juga perniagaan beliau. Itu yang dinamakan challenge mana ada bisnes yang tak ditimpa masalah. Semoga anak dara terus sukses dengan nasi lemaknya.  Semoga Allah swt lindungi beliau maklumlah anak dara tu chomel pulak. Tambahan sekarang dah jadi celebrity pulak tu.

Nama anak dara ni SITI HAJJAR keberkatan dari nama isteri Nabi Ibrahim a.s kan yang ditinggalkan sendirian di padang pasir bersama anaknya Nabi Ismail a.s berlari-lari antara Bukit Safar dan Marwah mencari air untuk mereka berdua.  Ibrahnya buatlah nama anak yang baik moga ada aura disitu. Maybe itulah harapan ayah dan bonda SITI HAJJAR.

Seronok baca kisah SITI HAJJAR nie tapi cukuplah dulu, anda nak tau lagi sila skodeng dengan cik google yang baik tu elok dipelajari

SI ANAK DARA

SI ANAK DARA

Tapi kan Mr PM hari-hari makan nasi lemak pun high cholesterol, hospital pun kena bayar mahal, insuran bukannya murah orang tengah tak da duit. Cubalah bagi kami solution yang lebih munasabah. Kami dah cukup ikat perut dah sekarang nie PM oi. Semua benefit yang hang habarg tu bukan ker kami hamba rakyat jugak yang menanggungnya. Tapi apa yang komuniti bukan kakitangan kerajaan dan bukan warga BR1M nie dapat.

Tapi akak belum ada passion dengan kuali dan sudip, akan datang mungkinlah k0t.   Senang ke kerja sendiri  atau work from home nie ha ha ha nanti kita kongsi sikit later yer.  Tunggu next entry.

MY SHOP

Speak Your Mind

*