OPAH DAN ATUK PERGI OUTING KE GUNUNG JERAI

Weekend yang baru berlalu nie geng-geng opah dan atuk Surau Nurul Iman pergi outing ke Bukit Bendera dan Gunung Jerai.

Bila opah-opah dan atuk ni sekali keluar kecohnya lah macam budak-budak sekolah yang selalu akak tengok kat kidzania bila tiba musim cuti sekolah.

Trip kami dah plan dua bulan lebih awal.  Sebenarnya group jemaah Surau Nurul Iman memang selalu buat outing dalam negara atau luar negara. Kelas tau mokcik-mokcik sumer nie, boleh pergi holiday tiap tahun. Off course kita cari budget yang paling ciput sebab kami sumer nie pesara tegar keh keh keh.

Kami diarahkan untuk berkumpul pukul 3.45 pagi hari Sabtu 15hb October 2016, nak dijadikan citer akak sudah set alarm pukul 2.45 am, disebabkan akak hanya dapat terlelap pukul 1 pagi lebih so bila alarm berbunyi akak tutup sebab kepala dah pening tuh…Jadi sedar-sedar balik dah kul 3.45 am.  So boleh agak ler kan akak mandi ala pi romli, nasib baik baju dan barang sudah tersedia jadi akak siap dalam masa 5 minit.

Rezeki akak bas pulak terlewat dan sesat keliling AU3 nie..termengah-mengah akak naik bukit ke Surau Nurul Iman, masa tu terlupa nak rasa takut sebab takut kena tinggal lagi banyak.

Kami berhenti solat subuh di R&R Tapah dalam pukul 6.30 pagi berhenti dalam 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Utara. Kami sampai di toll Gurun dalam 10.00 am.  Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami di Gunung Jerai dalam kul 11.0o am lebih kurang, kami menaikki dengan 3 buah vann. Charge untuk seorang penumpang RM25.00 YER.

Opah at Gunung Jerai

Opah at Gunung Jerai

Agak thrill perjalanan kami dengan menempuh 15 selekoh yang agak curam, semakin naik tinggi semakin berkabus sebab hujan renyai yang mengiringi perjalanan kami semua.

Bangunan kat belakang tu resort sesiapa yang nak overnight bersama family atau berhoneymoon sangat sesuai atas Gunung Jerai nie sejukkkk.

Dari atas nie boleh nampak laut dan sawah padi kalau cuaca mengizinkan, masa kami sampai hujan dan berkabus jadi tak nampak apa-apa lah yer.

Wahhh sangat cantik tempat nie, apa lagi akak pun berposinglah dengan my Mika basic black colour you.

 

Kabus pagi di Gunung Jerai

Kabus pagi di Gunung Jerai

Flora di Gunung Jerai

Flora di Gunung Jerai

 

MY SHOP

Speak Your Mind

*