MIKA PUN ADA OFFER JUGAK!!! – offer dah tamat harga biasa

mikaoffer4

MIKA OLIVE

mikaoffer3

MIKA PEACH

mikaoffer2

MIKA CREAMO

mikaoffer1

MIKA PINK

mikaoffer5

MIKA BLACK

UKURAN 2.00 MTR X 0.8 MTR

INNER READY

HARGA TIDAK TERMASUK POS

POS SEMENANJUNG RM7.50

POS SABAH AND SARAWAK RM9.00

TO ORDER WHATSAPP – 019-2883235

NAYLA ADA OFFER!!! – offer dah tamat harga biasa

naylaoffer6

naylaoffer5

naylaoffer4

naylaoffer2

naylaoffer1

naylaseries

PILIH COLOR DISINI SEMUA ADA OFFER UNTIL 31/10/2016

POST CHARGE – RM7.50 SEMENANJUNG

RM9.00 – SABAH DAN SARAWAK

WHATSAPP 019-2883235

 

 

HARI INI KITA BELAJAR MEROTI

Hari ini akak main masak-masak. Tak really plan nak tukar profesion kebetulan dapat whatsapp group muslimat nak buat kelas meroti.  Now i have a time why not buat benda baru, dulu jadi pekerja time is the limitation nak buat apa-apa kena cuti kan. So sekarang dah free and easy do what I what.

By right kan seronok jadi free lance, but bear in mind your pocket not really seronok sometimes ya.  Difference is dulu tiap hari mesti make sure in my wallet I have rm100. Sebab distance rumah dengan office tu jauh takut apa-apa hal tengah jalan. Now akak cuma pusing-pusing area tempat tinggal jer, if kena pergi pusat bandar use to ambik public transport ya. So walaupun i only have rm20 in wallet no worries be happy.

Now back to cerita meroti, tengok ada last seat kosong akak teruslah booking and pay the fee pun semalam jer. Pagi ni trainer bagitau suruh bawak roller, plastic coverlah, tupperwarelah. Terkejutlah you, mana i ade apron bagai tu tak sempat nak cari so pergi ajerlah. I already set timer supaya tak miss the date maklumlah duduk rumah ni hari pun sometimes lupa.

So pagi ni beli breakfast berat sikit takut lapar, siap makan bagai baru akak get ready nak keluar pergi meroti. Dekat jer pun 20 minit dah sampai kat Masjid tu, dijadikan cerita bila I sampai kat sana tengok sunyi jer tak der orang pun. Gi dewan kosong, gi dapur kosong. Alamakk!!!

I check balik message nasib baik belum delete semua masih ada browse satu-satu baru perasan I pergi salah tempat, meroti tu patut kat Surau Taman Permata akak pergi Masjid Assobirin. Apa lagi masuk kereta balik keluar terus pergi ke tempat yang betul. Lucky that lokasi dua-dua tempat ni satu jalan jer. Ingatkan orang dah start meroti huuh lega tengah tunggu trainer sampai.

Basic buat roti tu sama jer tapi di pelbagaikan rasanya dapatlah 5 jenis roti, roti pizza, roti kacang merah, chicken floss, butterscotch dan roti sosej.

tengoklah hasilnya keras tangan akak tu. Meroti tu maknanya membuat roti…jadi akak ringkaskan muncullah PERKATAAN BARU MEROTI.

img_3045

teacher roti

 

bahanroti

bahan-bahan hiasan

siap untuk dibakar

siap untuk dibakar

ni over Noxxa tau

ni oveN Noxxa tau

rotibakar

hasil roti yang telah siap

 

ESOK TUNGGU ADA BERITA BAIK TAU….JAM 1.00 TENGAHARI TEPAT TUNGGU TAU.

 

OPAH AND ATUK OUTING BUKIT BENDERA

TODAY IS WORDLESS WEDNESDAY lebihkan gambar kurang berceloteh ok..

Day two- Homestay Harmony.

Baru sedar cantiknya area homestay ni.  Terletak di tepi jalanraya dan di sebelah belakang ada bendang. Ada lebih kurang 10 buah rumah siap ada wakaf tempat berehat ada open area untuk makan-makan. Boleh buat kenduri kahwin lah kalau nak.

Incident pagi nie tayar terlekat pulak jenuh cari orang nak tolak. Day before hujan satu hari so tak sedar pulak yang tanah tu ada lekuk dan lembik. Apalagi dekat dua jam menunggu bantuan untuk menolak bas rombongan opah dan atuk nie. Masing-masing dah gelisah giler nie.

Bukit Bendera

Kami sampai disini agak lewat dah pukul 5 petang lebih dah.  Opah dan atuk udah kelam kabut takut tak boleh naik. Kelakor korang tau, dulu akak selalu tengok budak-budak rombongan kat Kidzania tu jer beratur dan bising sekarang bila atuk dan opah gi outing macam bebudak jugak ler.

Kami manage dapat tiket tapi kesian kat kerani kaunter tu pening dia orang mana dak ada yang warga emas ic tak bawak, cari pulak kad pencen. Ada yang tak nak naik gayat, macam-macam hal lah pulak nie.

dlmtrenbukitbendera

dapat gak tempat duduk

foodcourtbukitbendera

food court

dah ada food court kat atas nie, rasanya masa last time pergi dulu tak ada pun food court kat sini.  Harga pun mampu bayar lah jugak  cuma masa ni hujan tak lalu nak makan aiskrim yang nampak sodap tu.

 

pokokbendera

pokok hutan

Tak tau apa nama pokok tapi memang tinggi melangit lah tu.

Sampai kat atas nie opah dan atuk naik buggy car (kalau salah eja maaf no) hujan-hujan duk pusing kat atas Bukit Bendera lepas tu dah nak maghrib, mak kita cakap jangan keluar waktu maghrib yang opah dengan atuk lah nie ronda-ronda waktu maghrib.

Tak lah lama sangat kat sini nak ambik gambar pun dah kelam, hujan pun makin lebat kami pun bergerak turun. ghupanya waktu maghrib depa break jugak lah Alhamdulillah. Menunggu lepas lebih kurang 20 minit tren mula bergerak turun.

pulaupinang

scenery pulau pinang dari atas bukit bendera – kelam dah malamkan.

trenbukitbendera

trek bukit bendera waktu malam

Rombongan opah dan atuk berkumpul semula menaikki bas rombongan dan bergerak balik ke Kuala Lumpur pada pukul 8.40 malam, alhamdulillah perjalanan kami agak smooth tiada lagi masalah. Tiba di Surau Nurul Iman pada pukul 1.45 pagi.

next tunggu pulak opah dan atuk nak outing ke Vietnam – hebat orang pencen nie, maybe this time akak tak follow sebab der projek Mega kalau Allah swt izinkan tahun depan.

#opah dan atuk outing.

 

OPAH DAN ATUK PERGI OUTING KE GUNUNG JERAI

Weekend yang baru berlalu nie geng-geng opah dan atuk Surau Nurul Iman pergi outing ke Bukit Bendera dan Gunung Jerai.

Bila opah-opah dan atuk ni sekali keluar kecohnya lah macam budak-budak sekolah yang selalu akak tengok kat kidzania bila tiba musim cuti sekolah.

Trip kami dah plan dua bulan lebih awal.  Sebenarnya group jemaah Surau Nurul Iman memang selalu buat outing dalam negara atau luar negara. Kelas tau mokcik-mokcik sumer nie, boleh pergi holiday tiap tahun. Off course kita cari budget yang paling ciput sebab kami sumer nie pesara tegar keh keh keh.

Kami diarahkan untuk berkumpul pukul 3.45 pagi hari Sabtu 15hb October 2016, nak dijadikan citer akak sudah set alarm pukul 2.45 am, disebabkan akak hanya dapat terlelap pukul 1 pagi lebih so bila alarm berbunyi akak tutup sebab kepala dah pening tuh…Jadi sedar-sedar balik dah kul 3.45 am.  So boleh agak ler kan akak mandi ala pi romli, nasib baik baju dan barang sudah tersedia jadi akak siap dalam masa 5 minit.

Rezeki akak bas pulak terlewat dan sesat keliling AU3 nie..termengah-mengah akak naik bukit ke Surau Nurul Iman, masa tu terlupa nak rasa takut sebab takut kena tinggal lagi banyak.

Kami berhenti solat subuh di R&R Tapah dalam pukul 6.30 pagi berhenti dalam 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Utara. Kami sampai di toll Gurun dalam 10.00 am.  Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami di Gunung Jerai dalam kul 11.0o am lebih kurang, kami menaikki dengan 3 buah vann. Charge untuk seorang penumpang RM25.00 YER.

Opah at Gunung Jerai

Opah at Gunung Jerai

Agak thrill perjalanan kami dengan menempuh 15 selekoh yang agak curam, semakin naik tinggi semakin berkabus sebab hujan renyai yang mengiringi perjalanan kami semua.

Bangunan kat belakang tu resort sesiapa yang nak overnight bersama family atau berhoneymoon sangat sesuai atas Gunung Jerai nie sejukkkk.

Dari atas nie boleh nampak laut dan sawah padi kalau cuaca mengizinkan, masa kami sampai hujan dan berkabus jadi tak nampak apa-apa lah yer.

Wahhh sangat cantik tempat nie, apa lagi akak pun berposinglah dengan my Mika basic black colour you.

 

Kabus pagi di Gunung Jerai

Kabus pagi di Gunung Jerai

Flora di Gunung Jerai

Flora di Gunung Jerai