SELUAR PUTIH WANITA UNTUK HAJI

Seluar putih adalah barang yang akan menjadi hot sangat bila sampai musim haji. Seluar putih akan menjadi items penting dalam luggage setiap jemaah haji wanita. Paling sikit 2 helai mesti ada.

Kenapa seluar putih haji ini penting, sebab kita tak pakai kain sarung masa solat kat masjid kita akan pakai jubah dan telekung sahaja. Berkain sarung lebar dan besar tu makan space ya adik kakak. Kita solat dalam masjidil haram atau masjid nabawi duduk rapat-rapat. Orang main langkah jer, risiko kain terpijak tinggi.

Tanyalah semua jemaah haji wanita, kalau duduk sebelah jemaah dari iran dan negara arab lain, bila time nak sujud atau bangun dari sujud tu kena hati-hati silap-silap masuk dalam jubah depa. Depa pakai besar-besar saiz pun ada besar ada kecik.

Paling best pakai jubah tapi jangan bawaklah jubah raya ala princess cut tu..sori naik lori lah nanti. Pakai cutting A cut, pakai dengan seluar panjang kat dalam senang sangat nak melangkah.

Kalau nak lagi mudah pakai set mini jubah dan seluar, bawaklah warna putih, hitam atau warna gelap yang lain. Tapi seluar haji putih dengan jubah putih tu patut ada. Sebab warna putih tu sunah ya.

Lagipun ada feel sangat bila kita pakai putih ramai yang pakai putih nampak cantik dan seragam ada aura sebagai jemaah haji. NI bukan riak ya..kita rasa bersyukur sangat-sangat Allah swt dah jemput kita. Untuk kita beribadah kena jaga juga pakaian kita biar bersih dan cantik.

Kita bukan dapat jadi jemaah haji tiap-tiap tahun kalau dapat 2 kali pun syukur Alhamdulillah tu pun tak tau by 2nd time sampai dah bongkok tiga ker apa.

seluar haji putih

Seluar haji putih kami dari fabric cotton campuran, dijamin selesa

Seluar haji putih – cutting ala Carat cut – peha besar dengan cawat seluar yang panjang.

Seluar haji putih ada dari saiz s, m, l, xl dan 2xl

Seluar haji putih ini juga mempunyai zip di tepi sebelah kiri dan kanan sesuai nak simpan kunci dan barangan berharga.

Kemasan seluar haji putih ini dengan pinggang jenis bergetah, di bahagian kaki seluar ini ada pilihan untuk renda atau kosong atau jahitan kaf.

untuk pesanan whatsapp 019-2883235 kak bee

MY SHOP

Speak Your Mind

*