HOTEL MOVENPICK MADINAH

Rombongan jemaah haji yang baru sampai di Madinah di tempatkan di Hotel Movenpick, Al Haram dan Sahar.

Pengalaman menarik bagi jemaah haji yang dapat tinggal di Movenpick Hotel. Lokasinya hanya 15-20 meter dari Masjid Nabawi. Pintu yang paling dekat adalah pintu 15.  Jemaah haji wanita ada pintu khas di pintu 25 kalau tak silap, mana-mana jemaah yang tinggal di Al Haram dan Sahar sangat dekat dengan pintu 25,

Istimewanya pintu 25 sebab ia laluan khas untuk jemaah wanita ke Raudhah.

HIASAN DALAMAN MOVENPICK HOTEL

HIASAN DALAMAN MOVENPICK HOTEL

Di pintu 15 ada ruang untuk jemaah wanita juga, pastikan jangan terlewat sangat turun ke masjid dikhuatiri sudah penuh dan jemaah haji wanita terpaksa solat diluar.  Perlu diingatkan pahala 1000 rahmat tu cuma bersolat dalam Masjid Nabawi bukan diluar ruang legar ya.

Walaupun anda tinggal di Hotel Movenpick tetapi ada masih boleh pergi ke pintu 25 untuk solat kerana jarak diantara azan dan qamat itu panjang. Jika batal wudhuk pun sempat lagi ambil wudhuk yang baru.

Saya dan sahabat jemaah sebilik di tempatkan di tingkat 5 hotel Movenpick, mengadap betul ke Masjid Nabawi. Masa uzur duduk di balkoni bilik hotel dapat tengok orang yang sedang solat.  Sangat berbeza pengalaman tinggal disini dibandingkan dengan Hotel di Makkah Abraj Janadriyah. Walau apapun Abraj Janadriyah tu hotel yang paling hampir dengan Masjidil Haram lebih kurang 800 mtr sahaja.

hajj 2015 097

DARI BILIK HOTEL KAT LEVEL 5

Pergi dan balik berjalan 1.6km wah, alhamdulillah Allah bagi kami kemudahan dan kekuatan.

Taraf 5 star Hotel Movenpick memang buat kami rasa selesa teramat sangat. Kalau ada rezeki dapat gi umrah nak cari travel yang offer duduk kat Movenpick Madinah nak mengimbau kenangan di musim haji.

Disini ada bin dawood supermarket di lower ground floor pergi lah cari biskut kurma dia orang mahmoul, akak suka sangat walaupun dia manis, Kedai perfume di Ground Floor, tingkat satu hingga tiga ada kedai-kedai lagi. Sempat akak beli kain cotton 4 pasang kat sini untuk diri sendiri mak dan adik perempuan.

hajj 2015 108

HOTEL MOVENPICK MADINAH

# DARI CATATAN PERJALANAN DUYUFUR RAHMAN

Syukur kepada Allah..cerita saya..pengalaman saya orang lain punya pengalaman yang berbeza.

#telekungmusleema – keperluan haji dan umrah anda.