PERSEDIAAN UMRAH MUSIM SEJUK

SALAM dah lama tak berbloggin kita nak buat comeback malam ini, dah 2 bulan bercuti back to work.  Musim umrah sudah kembali lagi Alhamdulillah pertanyaan dan pesanan sudah kembali mencurah.

Kita nak kongsi tips umrah musim sejuk (nov – january  adalah musim sejuk).  Jadi persediaan pakaian kena pilih dari stok kain yang agak tebal ya.  Tapi jangan bimbang koleksi mini jubah dan seluar panjang kami sesuai untuk sepanjang tahun.  Bawak stokin tebal jugak ya.

PEREMPUAN

Mini Jubah + Seluar Panjang – 2 pasang – BOLEH PAKAI SEBAGAI INNER DENGAN JUBAH JIKA CUACA TERLALU SEJUK

Kasut Tawaf – 1 pasang

Stokin solat – 3 pasang

Stokin panjang tebal  – 2 pasang (boleh pakai double dengan stokin solat dalam perjalanan ke masjid)

Sarung Tangan Cotton/Spandex – 2 pasang ( kalau baju jubah ada cuff boleh bawak sarung tangan yang pendek sahaja)

Telekung – 2 helai (boleh bawak satu kain sarung untuk solat dalam bilik hotel)

Jubah  – 2 helai (kat Makkah dan Madinah boleh beli tambahan selalunya jemaah perempuan akan shopping)

Tuala besar atau kecil (tidak wajib selalunya hotel besar disediakan)

Botol Spray Wuduk – Dicadangkan bawa walaupun masa umrah (berguna bila keluar angin batal wudhuk)

Tudung Labuh – 2 helai.

Tudung saiz pendek/anak telekung – 1 helai untuk ke tandas

Baju Inner Perempuan – ada poket – 2 @ 3 helai

Lotion/lip balm/sabun  – jika kulit anda sensitif (bawak yang tiada bauan lebih baik)

Sarung Tangan tebal – dipakai diluar waktu berihram

Pantiliner/Tuala Wanita – bawak secukupnya (di Makkah/Madinah Harga Mahal)

Baju tidur /Baju Tshirt/Kaftan  – untuk guna dalam bilik

Kain batik – untuk guna dalam bilik

Beg besar – guna yang ada 4 roda lebih mudah.

Gunting kecil/Selipar  – boleh bawak@beli di sana (harga masih mampu milik)

Sejadah travel

LELAKI

Baju Pagoda Lelaki – ada poket – 2 helai (orang lelaki pakai ihram dalam banyak masa)

Kain Ihram – 1 set

Kain Sarung – tak berjahit – 2 helai (boleh gantikan kain ihram untuk tidur atau ke bilik air)

Baju Melayu/Kurta – 2 helai

Seluar Panjang – 2 helai (FABRIK COTTON YANG TEBAL)

Tali pinggang

Selipar yang tidak tutup jari dan tumit ya.

toiletteris – tiada bau-bauan.

Gunting kecil/pisau cukur

Beg Besar

Sejadah travel

 

JANGAN LUPA CHECK THRU ENTRY SEBELUM UNTUK DAPATKAN BARANG-BARANG YANG SAYA SENARAIKAN DI ATAS.

WHATSSAPP KAMI DI 019-2883235

MY SHOP

Speak Your Mind

*